Friday, February 15, 2013

Masih dengan entri untuk set lengkap atau hampir lengkap milo. 

 Bola2 comel 3 design .. mari dari Garage sale Anggerik Mall

 Hasil Slonkotip Pak Maon .. Rezeki untu kolektor Milo 

 Dah lengkap 4/4

 Happy Family .. masa ni anak baru 2

 Mini van kecil 

Mini Van besau

Milo ~ mencukupkan set

Masa mula-mula mengumpul .. cari bentuk/design yang belum ada. Tak pernah nak fikir untuk cukupkan set yang ada. Tahun 2013 .. Misi giat mengumpul MILO. Ruang untuk galeri dah diperstujui tapi masih belum bergerak untuk merealisasikannya. Harapnya 2013 .. Galeri MILO akan siap. TQ yang telah menyumbang  idea. Entri hari ini untuk koleksi yang dah cukup atau hampir lengkap. 

 beg ini dah lengkap 4 corak.

 Baru dapat 4 dari 6 design .. biru dan hitam
sudah bole hafal apa yg belum ada.

Ini cukup semuanya .. family dengan 3 anak. 
Cari lagi 1 brother's and sister's cup utk family kami  :)

Monday, January 28, 2013

Cukup ke belum ? Mug berkarektor milo ..

Setakat ini hanya ini yang pernah dilihat .. tak pasti ada lagi yang lain atau tidak. Mug bola tampar ini dapat dari garage sale di Anggerik Mall.




Monday, December 31, 2012

Straw Milo

Antara yang tertinggal waktu ia dikeluarkan, mujur ada rakan kolektor Milo Tegar
ada banyak lebih :)  Rezeki nak mengaumm di Tg Rimau. TQ Faizal  Fairus nun di Bukit Katil

Sejak-sejak dua menjak ni, nak simpan koleksi Milo serba 2. Ishh bunyik macam sangat tamak kan?

Pen Milo 2

Pen Milo ini dapat dari belian online. Sangat Comel dan memang tak sanggup nak diguna
Sampai2 terus disimpan didalam almari  :)


Jam Milo 1

Jam ini dapat daripada supplier PML kami. Tak sangka ingatkan dapat teko rupa-rupanya 
dapat barang Milo  :)


Sunday, December 30, 2012

mug milo ketiga ~ badminton

Sebelum ini dapat dua design yang berbeza. Syukur dapat yang ketiga.
Nampak dari album rakan MILO .. design ke 4, Bola Tampar .. huhu harap ada rezeki


Entri tentang mug ini untuk design Bola Sepak dan Lumba Lari. Opppss bukan lari dalam guni ye ..