Monday, December 31, 2012

Straw Milo

Antara yang tertinggal waktu ia dikeluarkan, mujur ada rakan kolektor Milo Tegar
ada banyak lebih :)  Rezeki nak mengaumm di Tg Rimau. TQ Faizal  Fairus nun di Bukit Katil

Sejak-sejak dua menjak ni, nak simpan koleksi Milo serba 2. Ishh bunyik macam sangat tamak kan?

Pen Milo 2

Pen Milo ini dapat dari belian online. Sangat Comel dan memang tak sanggup nak diguna
Sampai2 terus disimpan didalam almari  :)


Jam Milo 1

Jam ini dapat daripada supplier PML kami. Tak sangka ingatkan dapat teko rupa-rupanya 
dapat barang Milo  :)


Sunday, December 30, 2012

mug milo ketiga ~ badminton

Sebelum ini dapat dua design yang berbeza. Syukur dapat yang ketiga.
Nampak dari album rakan MILO .. design ke 4, Bola Tampar .. huhu harap ada rezeki


Entri tentang mug ini untuk design Bola Sepak dan Lumba Lari. Opppss bukan lari dalam guni ye ..

Tuesday, December 25, 2012

Botol Air Milo ~ nikmati waktu sejuk

Ini antara botol menarik kerana disertakan dengan batang penyejuk. Kaedahnya, bekukan
air di dalam batang tersebut dan gunakan jika mahu minuman anda sejuk. Anak suka gunakannya dan agak tahan lasak botol ni.


Sunday, December 23, 2012

Mug Milo Bolat

Ada 3 biji dalam simpanan - 2 dari design yang berbeza. Kena gigih mencari lagi ..

Lumba lari utk girl - Bola sepak utk boy
xtra pc tu girl

Payung Milo :)

Sangat-sangat seronok bila dapat payung ni .. masih cantik dan berseri. Sori okeh ini koleksi
jangan harap nak guna. Anak-anak pun dah faham perangai kami, asal Milo semua utk simpanan :)




Balang Milo 4

Bulan ini dapat satu lagi balang .. agak lama tapi labelnya masih cantik. Sebab dulu dah pos 3 beradik, maka yang ini posing solo aje lah. Kawan2nya dah disimpan dalam kotak..



cerita balang yang lain : di sini